Penularan wabak Covid-19 telah memberi impak besar terhadap kita semua. Oleh demikian, semakin hari banyak aktiviti sosial dan sektor yang melibatkan ekonomi kembali dibuka dengan kadar vaksinasi bagi golongan dewasa dan remaja mencapai sasaran yang sepatutnya. Namun, janganlah sesekali kita lupa akan kewujudan Covid-19 yang masih belum berakhir ini. 

       Seperti kita sedia dimaklumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM bagi negeri Kedah dibuka secara penggiliran dan pembelajaran secara bersemuka kembali dilaksanakan dengan SOP ketat telah ditetapkan dalam fasa 4 yang berkuatkuasa bermula 08 November 2021. Dengan vaksinasi, ibu bapa lebih yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. 

       Tidak dinafikan kesan pandemik ini memberi tekanan dan beban sangat tinggi terhadap guru dalam menguruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi menguruskan jadual anjal seperti mana pembelajaran semasa bersemuka. Ia bukanlah perkara mudah bagi kita semua sebagai seorang warga pendidik. Mutakhir ini, lebih mengecewakan apabila ada dakwaan netizen mengatakan guru makan gaji buta oleh kerana kesalahan kecil yang tidak sepatutnya dibangkitkan. Hakikatnya para guru berhempas pulas bagi memastikan anak-anak murid mereka tidak ketinggalan dan mendapat didikan dengan baik walaupun secara maya. 

       Namun begitu, bagi mengurangkan tekanan guru dalam meniti badai kehidupan sebagai seorang pendidik di alaf baru ini NUTP Kedah telah melaksanakan pelbagai aktiviti secara maya khas untuk semua ahli NUTP Kedah. Sama-samalah kita berdoa agar selepas ini guru-guru di negeri Kedah dan anak-anak didik dapat kembali menjalani pembelajaran bersemuka secara normal di sekolah. Janganlah kita alpa dan leka apabila kehidupan kembali normal. Sentiasalah patuhi SOP dan menjaga diri dengan baik supaya kita dapat terus menjadi warga pendidik yang cemerlang.


“ BERSATU KITA BERJAYA ”



Yang ikhlas,



................................................................................
(MEJ. BERSEKUTU (PA) WANG HENG SUAN, SDK.,AMK.,BKM.)
Setiausaha Kehormat NUTP Cawangan Kedah






UCAPAN DARIPADA SETIAUSAHA KEHORMAT

Salam Sejahtera kepada semua ahli NUTP yang dihormati. Selamat bertemu kembali dalam edisi Guru Kedah Januari 2022 ini. Telah berbulan-bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan agar dapat membendung wabak Covid-19 ini dengan terkawal. 

free counter
Perhatian:
NUTP hanya mengurus insurans berikut sahaja iaitu:
    1.Tokio Marine - Skim Diamond Accident Protector/Skim Diamond Accident Protector PLUS,
    2. Great Eastern - Livin' Pay/Dana Restu/Barakah/Livin' Pay Plus/Dana Restu Plus,
    3. Etiqa - Skim Takaful Guru,
    4. Etiqa - Skim Takaful Warga Pendidik,
    5. Great Eastern - NUTP Health Care/Takaful Great Eastern Medikad (Kad perubatan NUTP),
    6. RHB Insurance - NUTP Medicare (Kad perubatan NUTP),
    7. Takaful Malaysia - Takaful Medic NUTP (Kad perubatan NUTP),        
    8. Great Eastern - Insurans  Group GS624B  (untuk yang telah beli sahaja)
    9. Tokio Marine - Skim Perlindungan Barangan Isi Rumah



Semua urusan Insurans boleh hubungi dan serah kepada Wisma KPPK Kedah atau Pusat Perkhidmatan Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.



Didapati ada pihak tertentu yang sedang menggunakan nama NUTP untuk menjual insurans seperti MCIS, AIA dan sebagainya. Ahli diminta berhati-hati dengan teknik jualan tersebut.



Ahli boleh menyemak potongan gaji serta tuntutan Perbatuan melalui laman web di bawah:
Klik untuk Semakan Akaun Gaji
PERINGATAN PENTING

SEBARANG ADUAN, PERTANYAAN ATAU CADANGAN MELALUI EMEL PERLU DISERTAKAN DENGAN
1. NAMA AHLI
2. NO. KAD PENGENALAN
3. NO. AHLI
UNTUK MENGELAKKAN KEMUDAHAN TERSEBUT TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH BUKAN AHLI.
DARI MEJA SETIAUSAHA KEHORMAT NUTP CAWANGAN KEDAH
·BERSATU        ·INOVATIF        ·DINAMIK        ·PROGRESIF
MISI

  • Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.

  • Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.

  • Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.
VISI

Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan
Cetak Penyata Insurans:

1. Great Eastern
2. Etiqa
Kemaskini pada 29.09.2023